Sunday, 3 July 2011

Dua Calon Ahli Neraka Tokoh Kaum Munafiqin

بـــــســم الله الـــرحــمــن الـــرحــيــم
الـــحــمــد لله،والـــصـــلاة والـــســـلام عـــلــى رســول الله،وعلــــى آلـــه وصـــحـــبــه ومــن والاة


وبـــعـــد:



Diharapkan kita semua dijauhkan azab api neraka ALLAH dan mempunyai keseimbangan / kebaikan di dunia & di akhirat ;

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya :"Ya Rabb (Tuhan) kami , berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab api neraka". (QS.Al-Baqarah ayat 201)

Tokoh Kaum Munafiqin (Sila rujuk Al-Murshahin Minna Naar) :

(Ablahah B. Ka'ab)

Lelaki munafiq yang termasuk ke dalam golongan orang-orang penghuni api neraka ini biasa dipanggil dengan sebutan ; Al-Aswad al-Ansi . Dia digelar Dzul Khimar (lelaki bercadar) .

Di tengah-tengah kaumnya Ablahah b. Ka'ab termasyhur sebagai seorang dukun yang mahir bersajak , berpidato , bersastera dan fasih berbicara dengan lawan bicaranya . Hingga namanya dikenal oleh masyarakat Madinah pada zaman Nabi Muhammad .s.a.w.

Ketika melakukan safar (musafir) menuju wilayah Yaman , Ablahah mendakwa dirinya sebagai seorang utusan ALLAH seraya menunjukkan sebuah kitab yang diakui telah diterimanya dari ALLAH  ; "Kitab ini adalah wahyu ALLAH yang diturunkan kepadaku , dan aku diangkat-Nya sebagai Rasul ALLAH".

Dengan sikap berpura-pura seorang NABI , Ablahah b. Ka'ab mengajak mereka mengikuti panggilannya , saat itu dia akan berkata :"Aku diajari oleh Keita!".

Akhirnya , Ablahah dihukum mati oleh Rasulullah .s.a.w. sebelum akhir hayat beliau . Di saat di menghadapi sakaratul maut , dia menderita selama sehari semalam .

(Keita adalah syaitan dalam perdukunannya dan Ablahah juga membela jin)


Ar-Rawandi Abul Hussain Ahmad bin Yahya :

Nama sebenarnya adalah Abul Hussain Ahmad bin Yahya . Tetapi lebih dikenali sebagai Ar-Rawandi .

Ar-Rawandi meninggal dunia pada tahun 293 Hijriah .Pada asalnya Ar-Rawandi pengikut madzhab (laknatullah) Al-Muktazilah . Tetapi beberapa sebab dia meninggalkannya dan memusuhi orang-orang yang cenderung atas madzhab itu . Terdengar kemudian , bahawa dia mulai cenderung madzhab (laknatullah) Ar-Rafidhah (Syiah) . Orang-orang berkata : "Tidak ada arah kemana dia harus pergi , kerana semua madzhab tidak menyukai keperibadiannya . Maka dia mereka-reka atas agamanya sendiri dan menulis beberapa kitab tentang agama Yahudi & Nasrani (kristian) ; dan lain-lain serta menghalau seruan Islam yang murni . Dikhabarkan setelah itu , Ar-Rawandi telah mati di kediaman seorang Yahudi bernama Abu Isa Al-Ahwazi .

Di dalam banyak riwayat tentang Ar-Rawandi , dia disebut-sebut sebagai orang yang sangat membangkang tentang ajaran al-Quran bahkan keinginannya adalah untuk memusnahkan al-Quranul Karim tersebut . Salah satu usahanya adalah ; Membuat orang-orang Muslimin Mukallaf tidak mengerti kepada seruan agamanya sendiri , kerana Ar-Rawandi telah mencampur-adukkan ilmu-ilmu agama dengan ucapannya yang tidak pernah ada kejelasan akan kebenarannya .

Ar-Rawandi mempunyai sebuah kitab yang diberinya judul "AT-TAAJ" (mahkota) , disamping kitab-kitabnya yang lain seperti :

- Al-Fariid
- Az-Zamradah
- Qadibuz Zahab
- Al-Marjan dan beberapa karangan-karangannya yang lain .

Semuanya bertujuan untuk menentang Rasulullah .s.a.w. , ilmu Al-Quran dan menentang kenabian Rasul ALLAH . Di antara perkataan ar-Rawandi di dalam Kitab At-Taaj adalah seperti berikut :

" Adapun mahkotanya tidak baik dijadikan sandal . Kerana mahkotanya , hanyalah seperti apa yang dikatakan oleh dukun ; uf-Houf , Jaurob dan Khuf . Ditanya :"Apa itu Jaurob dan Khuf ? Dijawabnya : Dua buah jarang di neraka".
(Sila rujuk Al-Murshahin Minna Naar) halaman 155 ...

Wallahu A'llam ..

Sunday, 19 June 2011

مختصر العقيدة الإســـــــلامــيـة باب أركــان الإســــــلام و أركــان الإيـــمـان

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ

اما بعد :


مختصر العقيدة الإســـــــلامــيـة باب أركــان الإســــــلام و أركــان الإيـــمـان
١ـ جبريل يسأل: يا محمد أخبرني عن الإسلام؟
١ـ فقال رسول الله (ص) الإسلام:
١ـ أن تشهد أن لا إله إلا الله (لا معبود بحق إلا الله) ،وأن محمداً رسول الله (وأن محمداً أرسله الله لتبليغ دينه)
٢ـ وتقيمُ الصلاة : (توديها بأركانها باطمئنان وخشوع)
٣ـ وتؤتي الــزكــاة:
إذا ملك المسلم ٨٥ غرامًا ذهباً أوما يعادلها من النقود يدفع منها٥ ر٢ في المئة بعد سنة،وغير النقود لها مقدار معين).
٤ـ وتـصــوم رمــضــان :(الامتناع عن جميع المفطرات من طلوع الفجر إلى غروب الشمس مع النية)
٥ـ وتــحــجِّ الـبــيـتَ إن اســتــطــعــتَ إلــيــه ســبــيــلا . ((رواه مـسـلـم،هذه الحديث من الكتاب مختصر العقيدة الإسلامية(من الكـتـاب الله والسنة)) إعداد محمد بن جميل زينو)
(الاستطاعة تتحقق بـالـصـحـة،وملك مـايـكـفـيـه فـاضـلاً عن حـاجـتـه وحـاجة من تـلـزمه نفقته،وبأمــن الطــاريق )



أركـــان الإيــمــان :ـ
قال جبريل عليه السلام :فأخبرني عن الإيـمـان؟ فقال رسول الله (ص) : الإيمــان : أن تؤمن بالله : (الاعتقاد بأن الله خالق كل شيء ومعبود بحق . له أسماء وصفات تليق بـذاتـه : قـال الله تـعـالـى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْر)) ـ الشورى ـ
والمــلائـكـة : مخلوقات من النور،لتنفيذ أوامر الله، لا نراهم))
وكــتُـــبــه : منها التورة والإنجيل والزبور،والقرآن ناسـخـهـا ) ورسوله : (أولهم نوح...وآخرهم محمد (ص) ، واليوم الآخــر : (اليوم القيامة لمـحـاسـبـة الـنـاس) . وتؤمن بالقدر خيره وشره . ((رواه المسلم)) (الرضا بها قدَّره الله مع الأخـذ بالأســبــاب


ومن المؤمل أن كل شعب مسلم قراءة الملاحظات لتحديد سيادة الكهنة التبشيرية والممارسات الدينية للإسلام كتب محمد جميل لفترة وجيزة من حديث دار مكتبة آل خيرية في مكة المكرمة ، المملكة العربية السعودية. العقيدة الإسلامية هو أصيل وحقيقي لأنه مأخوذ من القرآن والسنة

وصلـى الله عـلـى نـبـيـنا مـحمـد بن عبد الله (ص) وعـلى آلـه وأصـحـابــه أجـمـعـيـن

Friday, 17 June 2011

Ahlussunnah Yakinnya Adanya Hisab

بـــــســم الله الـــرحــمــن الـــرحــيــم
الـــحــمــد لله،والـــصـــلاة والـــســـلام عـــلــى رســول الله،وعلــــى آلـــه وصـــحـــبــه ومــن والاة


وبـــعـــد:

Semoga Allah Ta'ala Merahmati kita semua sebagai umat Rasulullah serta mengamalkan Sunnah-Nya . Diamanahkan dari teman yang terutama Abu Adam Rawahah Al-Qassim (Abu Syahid al-Qassim) pengasas blogger Minda Sunnah ini untuk menulis nota-nota dakwah . Penulis (hanyalah Hamba Allah yang hina , dhaif , kerdil di hadapan Allah )) , begitu kita insan yang lemah . Semoga Allah Ta'ala merahmati , memberkati perjuangan Abu Adam dan guru-guru Salafnya atas memperjuangkan Salafussoleh untuk menghindari umat Muhammad dari bid'ah , maksiat dan kesyirikan . InsyaAllah

((Amanah dari ALLAH TA'ALA YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGETAHUI , dan dari teman sahabat Abu Adam )) ...


Ahlussunnah Wal Jama'ah yakinnya ada hari hisab atau dikenali hari perhintungan . Hisab dari segi bahasannya adalah perhintungan dan secara syar'ie adalah ALLAH A'zzawajalla memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya tentang a'mal-a'mal mereka .

(Lihat Syarah Luma'til I'tiqaad (halaman 117)) oleh Syaikh Al-Utsaimin Rahimahullah , lihat Syarh A'qidah Ahl Sunnah Wal Jama'ah halaman 317)).

Sebagaimana ALLAH Ta'ala berfirman :

إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُمْ
Maksudnya :"Sesungguhnya kepada kami-lah mereka kembali , kemudian sesungguhnya kewajipan Kami-lah membuat perhintungan atas mereka".
(QS.al-Ghassiyyah ayat 25 hingga 26))

Di dalam shalatnya , Rasulullah .s.a.w. sering berdo'a :

اللهُــمَّ حَــاسـِبْـنِــي حـِـسَـابًــا يَـسِــيْــرًا
(ALLLAHUMMA HASIBNIII HISABAYYY YASIIRA'))
"Ya ALLAH , hisablah diriku dengan semudah-mudah hisab"

(Hadith Shahih , lihat Shahih An-Nasa'ie dan Sifatu Shalatin Nabiyy (.s.a.w.) keduanya karya Syaikh Albani , lihat Adzkaruul Yaum Wal Lailah karangan Syaikh Al-U'taibi))

Do'a di atas ini dibaca ketika tahiyyat akhir sebelum memberi salam iaitu selepas mengucapkan إنـــك حــمــيـد مـجــيــد  (Innaka Hamiidun Majiid) .

Kemudian A'isyah Radiyallahu Anhu bertanya tentang apa yang dimaksud dengan hisab yang mudah ? Rasulullah .s.a.w. menjawab :"ALLAH memperlihatkan kitab (hamba-Nya) kemudian ALLAH memaafkannya begitu sahaja . Barangsiapa yang hisabnya susah maka ia akan binasa".

(HR. Ahmad (VI/48, 185) , al-Hakim (I/255) dan Ibn Abi A'shim dalam Kitabbuss Sunnah (no.885) , dishahihkan  oleh Al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam adz-Zahabi)

Sifat hisab bagi orang Mukmin sangat senang dan mudah . Tetapi orang yang selalu menjaga Shalatnya dan tidak meninggalkannya juga memasuki syurga tanpa hisab (lihat Ma'tsamil Akbar karangan Imam Adz-Zahabi)

Sifat hisab bagi orang Mukmin iaitu ALLAH Ta'ala menyendiri dengan hamba-Nya yang Mukmin dan memperlihatkan dosa-dosa hamba-Nya ketika ia merasa bahawa ia akan binasa , ALLAH berkata kepadanya ;"Aku tutup bagimu dosamu di dunia dan Aku mengampuni dosa-dosamu hari ini", maka diberikan kepada-Nya kitab kebaikkannya . Adapun orang Kafir dan orang Munafiq , mereka dipanggil di hadapan seluruh makhluk , mereka adalah orang yang berdusta atas Nama ALLAH ,ALLAH berfirman :

وَيَقُولُ الأَشْهَادُ هَؤُلاء الَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَى رَبِّهِمْ أَلاَ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
Maksudnya :"Dan para saksi akan berkata :"Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap RABB mereka ,'Ingatlah , laknat ALLAH (ditimpakan kepada orang yang zholim)". (QS.Al-Huud :18)

Orang-orang kafir , mereka itu tidak dihisab sebagaimana dihisabnya orang yang dihitung kebaikan dan kejahatannya , kerana sesungguhnya mereka itu (orang-orang kafir) tidak ada kebaikkan-nya . Akan tetapi amal-amal mereka dihitung , lalu dibiarkan begitu sahaja dan mereka diazab dengan sebab amalannya itu .

(At-Tanbiihatul Lathiifah (hal.71))

Pada hari Kiamat , seluruh amalan baik orang kafir akan dijadikan seperti debu-debu yang beterbangan dan tidak ada nilainya mereka di sisi ALLAH Ta'ala , walaupun mendirikan Masjid serta memakmurkan Masjid ALLAH Ta'ala melainkan mereka hanyalah perlu mengucap dua kalimah syahadah dan juga seluruh dosa-dosanya akan diampuni (jika dia mati pada waktu itu akan terus ke Syurga ALLAH)) , mengenai amalan baik orang kafir itu , ALLAH berfirman :

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا
Maksudnya :"Dan kami hadapkan seluruh amal yang mereka kerjakan , lalu Kami jadikan amal-amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan".
(QS.Al-Furqaan : 23)

Lihat juga QS. Al-Ibrahim :18 , Surah An-nUUR ayat 39 , lihat Syarh A'qidah Ahl Sunnah Wal Jama'ah hal.319

Hisab ini dilakukan terhadap seluruh manusia dan ada di antara kaum Mukminin yang masuk Syurga tanpa hisab .

Sabda Nabi .s.a.w. :

يــدخــل الــجــنـة ســبــعــون ألــفــا بــغــيــر حـســاب،وهــم الــذيـن لا يــكـتـوون،ولا يــسـتــرقـون،ولا يـطــيـرون،وعـلـى ربـهـم يـتـوكــلـون
Maksudnya :"Tujuh puluh ribu orang akan masuk Syurga tanpa hisab , Mereka adalah orang-orang yang tidak berubat dengan cara kay , tidak meminta diruqyah dan tidak bertatayyur dan hanya bertawakkal kepada ALLAH semata"

(HR. al-Bukhari (no.6472) (secara ringkas) (6451) , Muslim (no.220) & at-Tirmidzi (no.2446) dari sahabat Ibnu A'bbas Radiyallahu Anhu))

(Kay adalah pengubatan dengan menggunakan besi panas , ruqyah di atas dimaksudkan dengan ruqyah yang bertentangan Islam mahupun Ahlussunnah Wal Jama'ah serta mengandungi pelbagai kesyirikan , bid'ah , khurafat dan juga tatayyur ini bermaksud terasa nasib atau sial-menyial , Ahlussunnah Wal Jama'ah melarang mempercayainya)

وصلى الله على نبينا محمد بن عبد الله وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم القيامة



Sunday, 12 June 2011

Kubur Di Negeri Perlis (Tiada Unsur Meletakkan Bunga,InsyaAllah)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .

والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :


Beberapa hari yang lalu , penulis pulang ke kampung halamannya ke negeri yang dicintai iaitu "Perlis Darussunnah" . Semasa ana di Negeri Perlis bersama teman ketika menaiki kereta , dilihat di kawasan perkuburan di negeri Perlis ini (InsyaALLAH) tiada unsur-unsur meletakkan jambak-jambak bunga , air mawar , mensimenkan kubur , hanya dilihat batu nisan sahaja di atas kubur dan rumput sahaja . Dikejutkan lagi ada satu tanah perkuburan di negeri Perlis ini tidak ada lansung benda-benda bid'ah yang sesat , mengikut adat kafir iaitu meletakkan simen yang menjadi amalan khususnya di Malaysia ini .

Pada tahun lepas ana menziarahi perkuburan datuk ana di Cheras , dilihat ramai peniaga-peniaga Melayu Muslim yang menjual pelbagai aneka bunga demi untuk meletakkan di atas perkuburan dan ramai orang Melayu Muslim sanggup membeli banyak bunga-bunga demi untuk meletakkan atas perkuburan itu malah dilihat ada satu kubur ditinggikan lagi diletakkan pasu (di dalam itu terdapat bunga-bunga besar) . Malah , kaum Kuffar India juga turut berniaga bunga-bunga mereka yang besar itu yang diletakkan kepada tetamu yang akan datang . Ini merupakan perbuatan mencontohi orang kafir dan memburukkan imej Sunnah Nabi dan ISLAM . Berdasarkan Hadith nabi yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum , maka dia adalah bahagian daripada mereka".
(HR. Imam Ahmad dan yang lainnya))

Sudah tentu membawa jambak bunga di kuburan belum pernah dilakukan oleh Nabi .s.a.w. sendiri , sahabat , Tabi' Tabi'een serta Salaf Soleh , perkara ini diikut-ikut atau pun terpedaya hanya untuk mengambil berkat dan juga dikejutkan lagi sebagai tanda kita berziarah . Demi ALLAH , ia merupakan perbuatan bid'ah yang sangat menyesatkan dan contohilah kuburan di negara Arab Saudi , Bahrain , UAE , Qatar , Kuwait kuburan mereka tidak ada unsur-unsur mensimenkan kubur dan meletakkan jambak bunga ataupun meletakkan bunga-bunga di atasnya . Sepertimana Raja Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah , iaitu Raja Kuwait dahulu yang kini digantikan oleh Raja Al-Ahmad Al-Sabah , semasa sudah digambus tanah perkuburan Raja al-Ahmad tiada bungaan lansung begitu juga perkuburan Allahyarham Raja Fahd yang meninggal dunia tahun 2004 yang kini digantikan Raja Arab Saudi iaitu Khadimul Al-Haramain Ash-Syarifain Sahib Sumuww Al-Malaki Malik Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud . Kuburan Raja itu sekali pun tiada simen di kubur mereka , kerana Nabi .s.a.w. bersabda :

 "Rasulullah .s.a.w. melarang kubur daripada di simen".

( Hadith Riwayat Muslim (970)) daripada Jabir R.A.)

Apatah lagi ditinggikan kuburan itu , berdasarkan hadith Imam Muslim (969) dan lainnya meriwayatkan bahawa Ali b. Abi Thalib r.a. berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi ;

"Tidakkah kamu mahu aku ustuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku utuskan oleh Rasulullah untuk melakukannya ? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang".

Maksud meratakan di sini ialah meratakannya dengan meninggalkannya tinggi sedikit daripada aras bumi . Ash-Syaikh Muhammad Abdul Wahhab At-Tamimi yang memperjuangkan Tauhid iaitu menjauhkan umat dari perkara kesyirikan , bid'ah dan khurafat , kerana pada zaman itu terdapat banyak perkara syirik seperti menyembah kubur , meletakkan macam-macam bunga , serban dan lain-lain di atas kubur Rasulullah dan beliaulah membuang aqidah yang Sesat itu untuk kita memperbetulkan aqidah Tauhid itu . Di negara Arab Saudi juga tiada gereja , patung-patung berhala di sana dan juga tanda salib mahu pun gambar wanita yang menyebabkan aurat terbuka . Wahai Muslimin , lihatlah di negeri Perlis Darus Sunnah , kuburan mereka tiada unsur-unsur simen dan meletakkan jambak bunga kerana benda ini boleh menyebabkan bid'ah dan khurafat serta boleh terjerumus dalam kesyirikan , Na'uzhubillah .



InsyaAllah negeri-ana tiada unsur-unsur bid'ah , kesyirikan dan khurafat di atas kuburan di sana . Maka dengan itu renungkanlah .....


Mandi Wajib Yang Shahih

بـــســم الله الــرحـــمــن الــرحــيـــم
الــحــمــد لله وحـــده ، والــصــلاة والــســلام مــن لا نــبــي بــعــده،نــبــيــنــا ورســولــنــا وحــبــيــبـينــا وقــدوتــنــا وســيــدانــا وشــفــيــعــنــا ومــولانـــا مــحــمــد بــن عــبــد الله وعــلـى آلــه وصـحــبــه ومــن والاة


أمــا بــعــد:

Tata Cara Mandi Janabah Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam dan atas Fiqh Madzhab :


Mandi Janabah atau dikenali sebagai mandi Junub / Wajib , bagi kaum Rijal (lelaki) yang bermimpi ketika tidur dan terkeluarnya air mani yang memancut dari kemaluan dan itulah dikenali sebagai a'kil baligh serta akan menanggung dosa sendiri . Jika kita mengalami perkara tersebut maka diwajibkan mandi Janabah ;

Berikut Tata cara mandi Janabah ini :-

- Berniat di dalam hati untuk mandi janabah , dan membaca :"Bismillah" dalam permualaan mandi tersebut . Mengikut pandangan madzhab Hanbaliyyah membaca bismillah sebelum berwudhu' dikira wajib kerana berdasarkan hadith Nabi .s.a.w. :

لا صــلاة لــمــن لا وضــوء لــه ولا وضــوء لــمــن لــم يــذكــر اســم الله عــلــيــه
"Tidak sah sholat orang yang tidak memiliki/mengambil wudhu' , dan (tidak sempurna) wudhu' seseorang yang tidak membaca bismillah pada wudhu'nya ".
(Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah)


(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim dan HR. al-Bukhari)

- Mencuci tangan dua atau tiga kali .

(Hadith Riwayat al-Bukhari & Muslim)

- Tangan kanan mengalirkan air ke tangan kiri lalu mencuci kemaluan dan apa-apa yang terkena air mani . Menurut pandangan madzhab Al-Malikiyyah (yakni madzhab malik) wajib menggosok - gosok di kemaluan yang terkena air mani dan juga menggosok tubuh juga dikira wajib .

((Hadith Riwayat al-Bukhari & Muslim , HR. al-Bukhari & an-Nasa'ie))

- Menggosok-gosokkan tangan di tanah atau tembok (dinding di bilik air)

(Hadith Riwayat al-Bukhari)

- Berwudhu' sebagaimana dalam shalat . Tanpa membasuh kaki . Akan tetapi jika kemaluan ada najis maka wajib berwudhu' . Dan wajib meratakan air ke dubur (kemaluan) dengan niat untuk menghilangkan hadas besar , kerana ditakuti air tidak sampai , ketika mandi berdiri , kerana sejajarnya dua lingkaran punggung , Hal ini sebagaimana yang dijelaskan hadith Aisyah Radiyallahu Anhu ; ia berkata :

Mafhumnya :"Adalah Rasulullah .s.a.w. apabila mandi janabah , ia mencuci kedua-dua tangannya , kemudian ia tuangkan air dari tangan kanannya ke tangan kirinya dan mencuci kemaluannya , lalu ia berwudhu' , kemudian ia mengambil air dan ia masukkan jari-jarinya ke hujung rambutnya , dan ia siramkan air ke atas kepalanya sebanyak tiga kali siraman , selanjutnya ia siram seluruh badannya dan ia cuci kedua-dua kakinya .

(Hadith Muttafaqun A'laih dan lafaznya untuk Imam Muslim))

Dan hadith yang sama diriwayatkan oleh Maimunah Radiyallahu Anhu , ia berkata :

"Aku menyediakan air untuk mandi  Rasulullah , kemudian baginda tuangkan air kepada kedua-dua tangannya dan ia cuci sebanyak dua atau tiga kali , lalu baginda tuangkan air dari tangan kanannya ke tangan kirinya kemudian baginda cuci kemaluannya , lalu baginda menggosok-gosok tangan kirinya ke tanah , selanjutnya baginda berkumur-kumur dan menghirup air ke hidung , lalu baginda mencuci wajah dan kedua-dua tangannya , lalu baginda cuci rambutnya tiga kali , dan baginda siram seluruh tubuhnya , kemudian baginda cuci kedua-dua kakinya , Maimunah berkata :"Lalu aku datangkan kepadanya kain namun baginda tidak mengambilnya dan baginda mengibas-ngibaskan air dengan tangannya".

(HR. Al-Jama'ah) ((Riwayat Bukhari & Muslim))

- Memasukkan tangan ke dalam air atau bejana atau gayung (cebok) lalu menyela-yela rambut hingga terasa air telah menyentuh kulit kepala .

(Hadith riwayat Abu Dawud , HR. Al-Bukhari & Muslim , berkenaan air menyentuh kepala , hadith ini diriwayatkan Abu Dawud)))

- Menuangkan air di kepala sebanyak 3 kali cidukan (kecuali perempuan yang rambutnya diikat , maka cukup menuangkan air di kepala sebanyak 3 telapak tangan)) dan memulai dari kanan kemudian ke kiri . Al-Malikiyah berpendapat ;"Berterusan adalah wajib seperti yang telah disampaikan". Hal ini (dimulai dari kanan ke kiri) itu dijelaskan hadith di atas ..

(HR. Al-Bukhari  ,  (kecuali perempuan yang rambutnya diikat , maka cukup menuangkan air di kepala sebanyak 3 telapak tangan , hadith ini diriwayatkan Al-Bukhari & Muslim)) dan dimulai kiri dan kanan juga demikian (al-Bukhari & Muslim))



- Menuangkan air ke seluruh badan .

- Mencuci kedua kai selesai mandi .

(kedua-duanya adalah Hadith Shahih diriwayatkan Imam al-Bukhari & Muslim))




Beginilah cara Mandi Junub/Wajib Nabi Muhammad (.s.a.w.) dan juga atas fiqh Madzhab 4 . Maka dengan itu perbetulkan mandi Janabah itu dengan betul dan juga semoga kepada yang masih keliru mandi wajib inilah yang Shahih berdasarkan hadith-hadith perawinya iaitu al-Bukhari , Muslim , An-Nasa'ie , Al-Jama'ah , Muttafaqun A'laih , Abu Dawud juga dipersetujui oleh Madzhab 4 .

                                           Diakhiri dengan Sholawat Ibrahimiyyah
                                               (Sholawat keatas Baginda .s.a.w.)

اللهم صل عـلـى مــحــمــد وآل مـحـمـد كـمـا صـلـيـت عـلـى إبـراهـيـم وبارك على مـحـمـد وعــلــى آل مـحـمـد كـمـا بـاركــت عـلـى إبـراهـيـم وعلـى آل إبــراهــيم إنــك حـمـيـد مـجــيــد









Saturday, 5 March 2011

Sunnah Sebagai Kehidupan

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :

Sunnah adalah perkara paling utama dalam setiap kehidupan masing-masing . Agama Islam itu adalah Indah , Cantik , Mudah dan agama menggalakkan tolenrasi dengan Kafir Zimmi . Sunnah juga merupakan asas dan pokok atau pegangan dalam setiap individu Muslim walaupun ia memegang sesuatu madzhab 4 dalam islam . Setakat ini sahaja post di Blogg Minda Sunnah .