Sunday, 12 June 2011

Kubur Di Negeri Perlis (Tiada Unsur Meletakkan Bunga,InsyaAllah)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .

والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :


Beberapa hari yang lalu , penulis pulang ke kampung halamannya ke negeri yang dicintai iaitu "Perlis Darussunnah" . Semasa ana di Negeri Perlis bersama teman ketika menaiki kereta , dilihat di kawasan perkuburan di negeri Perlis ini (InsyaALLAH) tiada unsur-unsur meletakkan jambak-jambak bunga , air mawar , mensimenkan kubur , hanya dilihat batu nisan sahaja di atas kubur dan rumput sahaja . Dikejutkan lagi ada satu tanah perkuburan di negeri Perlis ini tidak ada lansung benda-benda bid'ah yang sesat , mengikut adat kafir iaitu meletakkan simen yang menjadi amalan khususnya di Malaysia ini .

Pada tahun lepas ana menziarahi perkuburan datuk ana di Cheras , dilihat ramai peniaga-peniaga Melayu Muslim yang menjual pelbagai aneka bunga demi untuk meletakkan di atas perkuburan dan ramai orang Melayu Muslim sanggup membeli banyak bunga-bunga demi untuk meletakkan atas perkuburan itu malah dilihat ada satu kubur ditinggikan lagi diletakkan pasu (di dalam itu terdapat bunga-bunga besar) . Malah , kaum Kuffar India juga turut berniaga bunga-bunga mereka yang besar itu yang diletakkan kepada tetamu yang akan datang . Ini merupakan perbuatan mencontohi orang kafir dan memburukkan imej Sunnah Nabi dan ISLAM . Berdasarkan Hadith nabi yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum , maka dia adalah bahagian daripada mereka".
(HR. Imam Ahmad dan yang lainnya))

Sudah tentu membawa jambak bunga di kuburan belum pernah dilakukan oleh Nabi .s.a.w. sendiri , sahabat , Tabi' Tabi'een serta Salaf Soleh , perkara ini diikut-ikut atau pun terpedaya hanya untuk mengambil berkat dan juga dikejutkan lagi sebagai tanda kita berziarah . Demi ALLAH , ia merupakan perbuatan bid'ah yang sangat menyesatkan dan contohilah kuburan di negara Arab Saudi , Bahrain , UAE , Qatar , Kuwait kuburan mereka tidak ada unsur-unsur mensimenkan kubur dan meletakkan jambak bunga ataupun meletakkan bunga-bunga di atasnya . Sepertimana Raja Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah , iaitu Raja Kuwait dahulu yang kini digantikan oleh Raja Al-Ahmad Al-Sabah , semasa sudah digambus tanah perkuburan Raja al-Ahmad tiada bungaan lansung begitu juga perkuburan Allahyarham Raja Fahd yang meninggal dunia tahun 2004 yang kini digantikan Raja Arab Saudi iaitu Khadimul Al-Haramain Ash-Syarifain Sahib Sumuww Al-Malaki Malik Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud . Kuburan Raja itu sekali pun tiada simen di kubur mereka , kerana Nabi .s.a.w. bersabda :

 "Rasulullah .s.a.w. melarang kubur daripada di simen".

( Hadith Riwayat Muslim (970)) daripada Jabir R.A.)

Apatah lagi ditinggikan kuburan itu , berdasarkan hadith Imam Muslim (969) dan lainnya meriwayatkan bahawa Ali b. Abi Thalib r.a. berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi ;

"Tidakkah kamu mahu aku ustuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku utuskan oleh Rasulullah untuk melakukannya ? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang".

Maksud meratakan di sini ialah meratakannya dengan meninggalkannya tinggi sedikit daripada aras bumi . Ash-Syaikh Muhammad Abdul Wahhab At-Tamimi yang memperjuangkan Tauhid iaitu menjauhkan umat dari perkara kesyirikan , bid'ah dan khurafat , kerana pada zaman itu terdapat banyak perkara syirik seperti menyembah kubur , meletakkan macam-macam bunga , serban dan lain-lain di atas kubur Rasulullah dan beliaulah membuang aqidah yang Sesat itu untuk kita memperbetulkan aqidah Tauhid itu . Di negara Arab Saudi juga tiada gereja , patung-patung berhala di sana dan juga tanda salib mahu pun gambar wanita yang menyebabkan aurat terbuka . Wahai Muslimin , lihatlah di negeri Perlis Darus Sunnah , kuburan mereka tiada unsur-unsur simen dan meletakkan jambak bunga kerana benda ini boleh menyebabkan bid'ah dan khurafat serta boleh terjerumus dalam kesyirikan , Na'uzhubillah .



InsyaAllah negeri-ana tiada unsur-unsur bid'ah , kesyirikan dan khurafat di atas kuburan di sana . Maka dengan itu renungkanlah .....


No comments:

Post a Comment