Sunday, 12 June 2011

Mandi Wajib Yang Shahih

بـــســم الله الــرحـــمــن الــرحــيـــم
الــحــمــد لله وحـــده ، والــصــلاة والــســلام مــن لا نــبــي بــعــده،نــبــيــنــا ورســولــنــا وحــبــيــبـينــا وقــدوتــنــا وســيــدانــا وشــفــيــعــنــا ومــولانـــا مــحــمــد بــن عــبــد الله وعــلـى آلــه وصـحــبــه ومــن والاة


أمــا بــعــد:

Tata Cara Mandi Janabah Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam dan atas Fiqh Madzhab :


Mandi Janabah atau dikenali sebagai mandi Junub / Wajib , bagi kaum Rijal (lelaki) yang bermimpi ketika tidur dan terkeluarnya air mani yang memancut dari kemaluan dan itulah dikenali sebagai a'kil baligh serta akan menanggung dosa sendiri . Jika kita mengalami perkara tersebut maka diwajibkan mandi Janabah ;

Berikut Tata cara mandi Janabah ini :-

- Berniat di dalam hati untuk mandi janabah , dan membaca :"Bismillah" dalam permualaan mandi tersebut . Mengikut pandangan madzhab Hanbaliyyah membaca bismillah sebelum berwudhu' dikira wajib kerana berdasarkan hadith Nabi .s.a.w. :

لا صــلاة لــمــن لا وضــوء لــه ولا وضــوء لــمــن لــم يــذكــر اســم الله عــلــيــه
"Tidak sah sholat orang yang tidak memiliki/mengambil wudhu' , dan (tidak sempurna) wudhu' seseorang yang tidak membaca bismillah pada wudhu'nya ".
(Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah)


(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim dan HR. al-Bukhari)

- Mencuci tangan dua atau tiga kali .

(Hadith Riwayat al-Bukhari & Muslim)

- Tangan kanan mengalirkan air ke tangan kiri lalu mencuci kemaluan dan apa-apa yang terkena air mani . Menurut pandangan madzhab Al-Malikiyyah (yakni madzhab malik) wajib menggosok - gosok di kemaluan yang terkena air mani dan juga menggosok tubuh juga dikira wajib .

((Hadith Riwayat al-Bukhari & Muslim , HR. al-Bukhari & an-Nasa'ie))

- Menggosok-gosokkan tangan di tanah atau tembok (dinding di bilik air)

(Hadith Riwayat al-Bukhari)

- Berwudhu' sebagaimana dalam shalat . Tanpa membasuh kaki . Akan tetapi jika kemaluan ada najis maka wajib berwudhu' . Dan wajib meratakan air ke dubur (kemaluan) dengan niat untuk menghilangkan hadas besar , kerana ditakuti air tidak sampai , ketika mandi berdiri , kerana sejajarnya dua lingkaran punggung , Hal ini sebagaimana yang dijelaskan hadith Aisyah Radiyallahu Anhu ; ia berkata :

Mafhumnya :"Adalah Rasulullah .s.a.w. apabila mandi janabah , ia mencuci kedua-dua tangannya , kemudian ia tuangkan air dari tangan kanannya ke tangan kirinya dan mencuci kemaluannya , lalu ia berwudhu' , kemudian ia mengambil air dan ia masukkan jari-jarinya ke hujung rambutnya , dan ia siramkan air ke atas kepalanya sebanyak tiga kali siraman , selanjutnya ia siram seluruh badannya dan ia cuci kedua-dua kakinya .

(Hadith Muttafaqun A'laih dan lafaznya untuk Imam Muslim))

Dan hadith yang sama diriwayatkan oleh Maimunah Radiyallahu Anhu , ia berkata :

"Aku menyediakan air untuk mandi  Rasulullah , kemudian baginda tuangkan air kepada kedua-dua tangannya dan ia cuci sebanyak dua atau tiga kali , lalu baginda tuangkan air dari tangan kanannya ke tangan kirinya kemudian baginda cuci kemaluannya , lalu baginda menggosok-gosok tangan kirinya ke tanah , selanjutnya baginda berkumur-kumur dan menghirup air ke hidung , lalu baginda mencuci wajah dan kedua-dua tangannya , lalu baginda cuci rambutnya tiga kali , dan baginda siram seluruh tubuhnya , kemudian baginda cuci kedua-dua kakinya , Maimunah berkata :"Lalu aku datangkan kepadanya kain namun baginda tidak mengambilnya dan baginda mengibas-ngibaskan air dengan tangannya".

(HR. Al-Jama'ah) ((Riwayat Bukhari & Muslim))

- Memasukkan tangan ke dalam air atau bejana atau gayung (cebok) lalu menyela-yela rambut hingga terasa air telah menyentuh kulit kepala .

(Hadith riwayat Abu Dawud , HR. Al-Bukhari & Muslim , berkenaan air menyentuh kepala , hadith ini diriwayatkan Abu Dawud)))

- Menuangkan air di kepala sebanyak 3 kali cidukan (kecuali perempuan yang rambutnya diikat , maka cukup menuangkan air di kepala sebanyak 3 telapak tangan)) dan memulai dari kanan kemudian ke kiri . Al-Malikiyah berpendapat ;"Berterusan adalah wajib seperti yang telah disampaikan". Hal ini (dimulai dari kanan ke kiri) itu dijelaskan hadith di atas ..

(HR. Al-Bukhari  ,  (kecuali perempuan yang rambutnya diikat , maka cukup menuangkan air di kepala sebanyak 3 telapak tangan , hadith ini diriwayatkan Al-Bukhari & Muslim)) dan dimulai kiri dan kanan juga demikian (al-Bukhari & Muslim))



- Menuangkan air ke seluruh badan .

- Mencuci kedua kai selesai mandi .

(kedua-duanya adalah Hadith Shahih diriwayatkan Imam al-Bukhari & Muslim))




Beginilah cara Mandi Junub/Wajib Nabi Muhammad (.s.a.w.) dan juga atas fiqh Madzhab 4 . Maka dengan itu perbetulkan mandi Janabah itu dengan betul dan juga semoga kepada yang masih keliru mandi wajib inilah yang Shahih berdasarkan hadith-hadith perawinya iaitu al-Bukhari , Muslim , An-Nasa'ie , Al-Jama'ah , Muttafaqun A'laih , Abu Dawud juga dipersetujui oleh Madzhab 4 .

                                           Diakhiri dengan Sholawat Ibrahimiyyah
                                               (Sholawat keatas Baginda .s.a.w.)

اللهم صل عـلـى مــحــمــد وآل مـحـمـد كـمـا صـلـيـت عـلـى إبـراهـيـم وبارك على مـحـمـد وعــلــى آل مـحـمـد كـمـا بـاركــت عـلـى إبـراهـيـم وعلـى آل إبــراهــيم إنــك حـمـيـد مـجــيــد









No comments:

Post a Comment